You Are Reading

0

Kelebihan dan Amalan di Bulan Ramadhan

fatiha Wednesday, July 20, 2011
salam... hai mentang-mentanglah dah nak masuk bulan Ramadhan... entry pon cakap sal ramadhan. hehe.. semua tahu bahawa org Islam wajib berpuasa pada bulan Ramadhan kerana ianya salah satu dalam Rukun Islam.... so...terdapat lah banyak kelebihan dan amalan-amalan dalam bulan yang mulia ini... antaranya:

Kelebihan Bulan Ramadhan:

1. Bulan penuh keberkatan.
2. Di malam nya ada lebih baik dari 1000 bulan.
3. Amal sunat sama dengan solat fardhu.
4. Manakala, solat fardhu mendapat 70 kali lipat ganda.
5. Bulan pengampunan-doa yang paling makbul adalah doa sebelum berbuka puasa & doa pada sepertiga malam.
6. 10 hari pertama mulanya Rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan api neraka.

Amalan di Bulan Ramadhan:

1. Keutamaan sahur dan mentakhirkannya selama tidak khuatir akan terbitnya fajar.
2. Segera berbuka puasa apabila sudah tiba waktu berbuka.
3. Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
5. Bermurah hati dan banyak menderma.
6. Menggandakan amalan dengan membaca dan mempelajari Al-Quran.
7. Mendirikan malam dengan solat sunat (solat Tarawih)
8. Giat beribadah pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
9. Beriktikaf pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.



Ada banyak lagi amalan-amalan dan kelebihan pada bulan Ramadhan..ini baru hanya sebahagian sahaja. selamat beramal. :)



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 humanmindcracker