You Are Reading

1

TeKa TeKi LaWaK GoLeK GoLeK!

fatiha Friday, May 27, 2011
Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?
- Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.
Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.
Lubang apa yang buat kita segar?
- Lu bangun.
Binatang apa selalu sakit perut?
- Ikan kembung.
Kenapa anak babi jalan tunduk?
- Kerana malu ibunya seekor babi.
Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat?
- Kerana bangga ibunya bukan seekor babi.
Jalan Ampang, bengkok di mana?
- Di Thailand.
Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?
- Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.
Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
- Kerani.
Negara apa yang sentiasa perlukan makanan?
- Hungary (hungry=lapar)
Sukan apa yang paling jahat?
-Badminton, Bad=Jahat
Sel apa yang berada kat luar badan?
- Seluar.
Banyak-banyak nasi, nasi apa yang orang tidak makan dan jika diterima akan dibuang?
- Nasihat.
Negara ini mengalami banjir terlebih dahulu sebelum hujan.
- Bahrain.
Hanya ada satu singh di dunia ini.
- Juswant singh.
Siapakah ibu bapa kepada transformer?
- Transparent.
Ianya tidak boleh dilihat, tetapi boleh ditimbang. Apakah ia?
-bertimbang rasa
Ada 2 mayat di atas lantai, sekeliling mereka ada air dan kaca yang pecah. Bagaimana mereka mati?
- Akuarium ikan pecah, 2 mayat itu adalah ikan.

Apa bahasa cinanya lantai basah??
- li chin.

Ada 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
- Sebab tak hujan la! aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!! ^^





1 comments:

dds said...

Nice collection of teka teki. Cuba teka teki di website saya jugak tekateki.org

Post a Comment

 
Copyright 2010 humanmindcracker